Pengobatan sinusitis tergantung dari penyebabnya.
Sinusitis yang disebabkan oleh infeksi bakteri memerlukan terapi antibiotika, sedangkan yang disebabkan oleh infeksi virus atau alergi tentu saja tidak. Bila dokter memberikan terapi antibiotika, habiskan sesuai anjuran. Jangan sekali-kali menghentikan sendiri penggunaan antibiotika walaupun anda merasa sudah sehat. Minumlah sesuai dosis yang ditentukan oleh dokter.
Selain antibiotika, obat golongan dekongestan juga digunakan untuk semua jenis sinusitis. Untuk sinusitis yang disebabkan oleh faktor alergi, dokter juga akan memberikan obat golongan anti alergi. Untuk meringankan rasa sakit dan panas tubuh, obat-obat golongan analgetik antipiretik seperti pasatemol, ibuprofen maupun metamizole seringkali diberikan oleh dokter.
Mencegah dan mengatasi sinusitis secara alamiah
1. 100 gram rambut jagung + 2 batang daun bawang putih + 10 gram jahe, diblender dengan air hangat secukupnya lalu diminum.
2. 20 gram daun mint/menthol + 10 gram jahe + 10 lembar daun sambung nyawa, diblender dengan air hangat secukupnya. Tambahkan madu secukupnya, aduk rata lalu diminum.
3. 10 gram jahe dan gula merah secukupnya direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 150 cc, saring airnya. Gunakan tersebut untuk memblender 150 gram nanas yang telah dikupas kulitnya. Tambahkan cuka beras putih secukupnya, aduk rata lalu diminum.
4. 75 gram kaktus yang telah dikupas kulitnya + 1 buah belimbing manis + 10 gram jahe + 1- 2 buah kiam boi/sun boi (buang bijinya), diblender dengan air secukupnya lalu diminum.
5. 10 gram jahe + 3 batang daun bawang putih + 75 gram jail yang telah direndam hingga lembut dan dikukus hingga matang, diblender dengan air secukupnya lalu diminum
Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat sinusitis.
Selalunya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil sinusitis akut.
Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan sinusitis kronik. Gejala sinuisitis kronik mungkin tidak seteruk sinuisitis akut tetapi sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesama dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak disekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.
Pencegahan
-
Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
-
Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
-
Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat sinusitis.
-
Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung.
Penjagaan Diri
-
Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mucus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
-
Menyedut wap mentol adalah sangat baik. Ia meningkatkan pergerakan silia hidung untuk menyapu kekotoran keluar.
-
Gunakan penyembur hidung salina. Dicampurkan sama ada dengan <>
-
Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
-
Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
-
Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus.
-
Berehatlah secukupnya.
-
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
BERJUMPALAH DOKTOR JIKA…
Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu berjumpa doktor, jika:
-
anda mendapat lebih dari 3 kali serangan sinusitis.
-
simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk
-
mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka
-
terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah.
-
Demam dan batuk
-
Kesesakan hidung atau hidung tersumbat
Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi, simptom sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula.
0 komentar:
Posting Komentar